
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Isnin, 6 Jun 2011
Tips nak jadi kurus!
Su kira tips nak jadi kurus dari Fatin Liyana ni sgt2 membantu pd semua!
Dan yg paling menarik, beliau dah alami sendiri situasi tuh!
Nak baca klik kat SINI!
Tak baek asik kopipes bebulatkan?? hehe..

Labels:
Kesihatan
13 Tips Seronok Bersenam
Bosan dengan rutin senaman anda? Rasa terpaksa melakukannya? Kecewa dengan hasilnya? Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.

1) Berhenti memberi alasan.
Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti 'nantilah', 'esoklah', atau 'mula minggu depanlah'. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.
Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.
2) Fleksibel.
Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.
3) Curi masa.
Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!
4) Jadikan rutin.
Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!
5) Set gol anda.
Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat seperti cermin di bilik air.
Samada anda ingin mengurangkan kolesterol atau ingin muat dengan seluar jeans size 6 tanpa perlu menahan nafas, mengejar gol dan target anda itu akan membantu anda mencapai impian anda itu.
Anda juga boleh set mini gol atau mini target. Seperti mengurangkan 1.5kg berat badan dalam masa tiga hari melakukan senaman di gim. Apabila anda mencapai target anda itu walaupun dalam jumlah yang kecil, anda pasti tetap berpuas hati dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan untuk sesi senaman pada keesokan harinya.
6) Konsisten.
Anda tahu kenapa hari terakhir anda lakukan senaman sudah pun berbulan-bulan yang lalu? Itu disebabkan anda tidak konsisten melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah keluar dari radar yang sepatutnya.
Untuk menjadi konsisten, anda perlu mencipta jadual senaman anda untuk sekurang-kurang tiga hari dalam seminggu. Dengan cara itu, anda boleh check samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda sendiri cipta itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri anda sendiri.
Anda juga boleh memvariasikan aktiviti dalam jadual anda itu untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya Isnin minggu ini anda buat aktiviti kardio, Isnin minggu depan anda boleh cuba lakukan yoga pula! Mencuba sesuatu yang baru juga boleh menaikkan semangat anda untuk bersenam!
7) Gabungkan aktiviti.
Sesekali mesti anda berasa bosan berlari di atas treadmill. Kalau dah bosan, anda akan mudah berhenti melakukannya. Anda boleh cuba berlari atau berjalan di atas treadmill sambil menonton televisyen ke, berborak di telefon dengan pasangan anda, mendengar lagu kegemaran, atau membaca majalah kesukaan anda!
8) Mulakan dengan perlahan.
Jika anda memulakan rutin senaman dengan terlalu cepat, anda akan mudah hilang semangat dan bosan untuk terus bersenam. Cuba memulakan aktiviti ini secara perlahan-lahan dan terus develop senaman anda dan menambah level dalam senaman anda. Anda akan terasa challenged dengan senaman anda itu dan itu yang akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu level ke level yang lain.
9) Buat nota.
Tulis senaman harian yang anda lakukan – berapa km anda berlari atau berjalan, berapa kg dumbbell yang anda angkat. Anda akan dapat melihat perkembangan senaman anda sebelum anda nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak nampak hasil, anda tahu apa yang anda perlu buat untuk menambah aktiviti senaman anda. Selain itu, anda akan dapat tahu apakah aktiviti yang paling berkesan mengikut keperluan badan anda sendiri!
10) Jangan obses.
Penting bagi setiap orang untuk komited terhadap rutin senaman mereka. Tapi jika anda pergi ke gim untuk berjam-jam setiap hari, dikhuatiri anda mungkin overtraining.
Jika anda bersenam, otot anda mungkin akan terkoyak sedikit. Otot anda akan membina tisu-tisu baru untuk menggantikan otot yang terkoyak. Tetapi itu akan sukar berlaku sekiranya otot anda tidak mempunyai masa yang cukup membinanya kerana anda telah melakukan aktiviti yang lain pula.
Jadi caranya? Berhenti rehat seketika sebelum anda memulakan semula sesi senaman yang anda lakukan. Beri masa kepada otot anda untuk membina semula otot baru. Dengan cara ini, anda boleh bersenam setiap hari dan dalam masa yang sama memberi rehat yang cukup kepada badan anda.
11) Beri hadiah kepada diri sendiri.
Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat! Sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli sebuah tv baru! :D
12) Cari seorang kawan.
Bersenam bersendirian memang akan menjadi bosan.Cuba cari seorang kawan yang akan menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda juga boleh membincangkan perkembangan dan hasil yang anda perolehi sepanjang anda melakukan senaman. Selain itu, anda juga boleh membincangkan apa yang menghalang anda dari menjadi sihat bersama rakan anda. Anda juga boleh merancang aktiviti yang pelbagai bersama rakan anda itu.
13) Have fun!
Tak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannya. Mungkin kalau anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama, cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, kickboxing dan pilates!
Kredit: I Luv Islam & Kevin Zahri
Kredit: I Luv Islam & Kevin Zahri

Labels:
Kesihatan
Ahad, 22 Mei 2011
10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme
10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1. Bina otot-otot (build Muscle).
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.2. Bersenam aerobik atau berjogging.
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.3. Minum banyak air.
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.4. Campurkan ais dalam air.
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.5. Makan lebih kerap.
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snek setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.6. Pedaskan masakan anda.
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.7. Makan lebih protein.
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.8. Minum kopi.
Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.9. Minum teh hijau.
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.10. Elakkan crash diet.
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.
Kredit:Izalin
Mcm biasa, bila blogwalking terjumpalah petua2 utk kuruskan badan ni kan..hehe...
Kredit:Izalin
Mcm biasa, bila blogwalking terjumpalah petua2 utk kuruskan badan ni kan..hehe...

Labels:
Kesihatan

