Followers

PhotobucketJom tukar link suka sama suka! TQ uol! hik3!Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kacau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kacau. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

Kene serang di sekolah...

Tak nak cakap lebih2...

Cuma rasa sedih & terkilan dengan perkara yg berlaku hari ni...

Rasa seperti maruah seorang guru berada di bawah kaki "bapak" murid yg serang su pagi td...
Photobucketsedih sungguh...


Sabtu, 18 Jun 2011

Panas badan, panas hati sekali!

Seminggu ni badan su rasa panas je, baru elok demam masa cuti hari tuh..

Lidah pun kene ulser..sakit tau! Nak mengajar pon rasa tak selesa..rasa mcm lidah tu pendek jer..adesss..

Nak taknak, kul 1 pg td pegi 7E! Beli air cap badak bebanyak! Kok tak elok jugak..apo nak buek tuh? Huhu..

Pasal panas hati tuh..banyak perkara yg jadi punca tp takpe..su cuba sejukkannn ek!! Huhu..

Layan air cap badak sampai kembungggg jap! Jom! Hahaha!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Khamis, 16 Jun 2011

Tanpa zuriat, ujian dari Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Timbanglah dari perspektif yang berbeza:

~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?

Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian. 
Kawan-kawan yang dikurniakan zuriat yang berada hampir dengan kita itu juga ujian untuk kita. Tak lain tak bukan ujian ini untuk tingkatkan keimanan. 
Ada orang bila diberi ujian makin meningkat iman dan rapatnya dengan Pencipta. Tapi ada orang lebih tersasar... menyalahkan takdir yang telah diberikan serta tidak pula berusaha untuk meningkatkan diri.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. 
Sama-samalah kita kurangkan mengeluh dan melihat hidup ini dari sisi yang positif, kerna sesungguhnya jika kita hitung nikmat yang Allah berikan ternyata ia jauh lebih banyak dari ujian yang Dia berikan...
PhotobucketMaaf, jiwa tice kacau cket! huhu...


Rabu, 15 Jun 2011

Anak ke 5...Jam tangan daaa...

Tadi beli jam..

Kiranya ni anak ke-5 laa..hiks!

Anak ke-4 kat SINI!

Anak pertama, ke-2, ke-3 kat SINI pulak!

Lama dah idam jam tangan ni!

Bukan sebulan dua su tunggu tau...makan tahun gak setelah jam Bonia tercicir kat pantai PD 2 tahun lepas! huhu...

Harga RM988.00..dapat tawar sehingga 25%! hehe...

Maaf idong su agak kembang skrg! hahaha...

Maaf sekali lagi..ni bukan entri nak riak..hanya nak berkongsi saja...huhu...

Lepas tu, dapat gift keychain nih! Boleh letak kunci kete. Pink/merah lagik! ai likeee! hahaha...



Jumaat, 10 Jun 2011

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011


Sekarang su tengah berdebar2 ni tunggu saat2 mendaftarkan diri kat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Macam2 fikir! Aduhhh, boleh ke su nak study balik nih??? Ambik Pengajian Matematik pulak tuh! hahaha!

Memanglah Matematik major su & su minat tapi takut tak boleh bawak jer nanti..huhu!

"Orang cakap tempuh dulu, kalau tak macam mana nak tau boleh ke takkan?"

Lagipun su tengok ramai yang umur lebih kurang sebaya su, bila tengok senarai nama secara on9 tadi! Taklah rasa segan sangat "kot"! haha...

Apalah nak dimalukan ye tak? bukan buat perkara salah? kalau salah, boleh perbaikikan? (<-- ayat pujuk hati nih! haha!)

Su dapat dah tarikh2 utk su gi tutorial dengan pensyarah di IPGK tu nanti. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

(Jadual tutorial Kohort 1 Ambilan Jun 2011, Kursus Semester 1)

Adik kata, elok tido sana (Melaka). Bila fikir balik, betul jugak! Tutorial sebulan sekali, ape salah dok sana semalamkan utk jimatkan masa! Pagi2 tuh taklah terkejar2kan? Errmmm kena carik mak mentua angkat kalau camni! hahaha! boleh???

Apa2 pon doakanlah kejayaan su menempuh dgn jayanya alam study ni smula yer! amin...

***5:00a.m. (Jumaat) melayan jiwa kacau! haha!


Ahad, 5 Jun 2011

Doaku...

"Saya berdoa brsungguh2 namun tak juga dapat.." 
 Yakinlah setiap kita yg berdoa akan dimakbulkn.
Bila akn dimakbulkan doa itu amat kritikal & penting kerana hanya Allah yg tahu, kita hanya perlu brdoa sahaja. 
Jgn putus asa dgn rahmat & janji Allah.
Berdoa, Berserah & Berusaha. 
Niatkn kerana Allah dulu, lepas itu brserah kepada Allah & usaha berterusan & bersungguh2, pasti Allah makbulkan bila tiba masanya.
 


Khamis, 2 Jun 2011

X-Men First Class..



Hari ni hari pertama tayangan..

Kebetulan je sampai Jusco Seremban 2 ni..

Makan td kat Seremban Parade..

Lepak sensorang kat Taman Tasik Seremban..

Ingat nk ke PD tp xjadi sbb badan tetiba demam! Huhu..

Lepas tu pulak ade amoi call dr opis peguam utk sign perjanjian rumah yg su beli kat Seri Pajam tuh..RM1990.00 kene sediakan utk urusan tu esok..huhu...

Lepas ni tggu kunci je lah! Lambat lg ye pon.hujung tahun depan baru umah tu siap! Hehe..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Rabu, 1 Jun 2011

Anak ke empat! DSLR Canon EOS 550D!

Ke Ampang Point petang td...

Hajat nak tengok2 harga jer! tapi.....

Terrrbeli jugak akhirnya! x tahan dah! sgt2 suke! hahaha!

Nanti su buat entri lain ek apa yg su tambah & gift2 yg kedai tu bagi..

Cubaan pertama! hehe...

Cubaan yg kedua!

Cubaan ketiga! hehe! 
OK x?? xde basic langsung dgn dslr nih sebenarnya!
Nasib baek ade "User Guide!" hik3...



Rabu, 25 Mei 2011

Mabuk2..

Hik3..bukan mabuk2 dpt baby tp mabuk + pitam nak abiskan menanda kertas exam pertengahan tahun murid!

Slesai jugak menanda sblm balik sekolah pukul 1pm td..lepas tu pukul 2:30pm ada meeting perkhemahan pulak, x pegi pon sbb dek mabuk2 ni td..huhu..

Masa tu niat nak balik awal pun xjadi! Bahaya memandu waktu mabuk nih oooo!! rehat2 dulu kat bilik guru..pukul 3:45pm baru baru gerak balik! Hehehe...

Jadi cuti 2 minggu ni nanti dah x buat apa dah! Boleh rehat sepuas2nya! Muahaha!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Khamis, 19 Mei 2011

Hanya di mercu...

11 Jun 2011

Menanti detik untuk sambung study semula...

Berdebar...huk3!


Lagu : Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM)

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu (2x)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...