Followers

PhotobucketJom tukar link suka sama suka! TQ uol! hik3!Photobucket

Selasa, 31 Mei 2011

Cuti Sekolah - Ke Ampang Jaya

 

Sesaja dtg ke tempat keje en.somi..nak ajak jalan2 mmg xdapat..keje..ops..keje..ops..huhu!

Ingat nak ke Ampang Point tp xde kawan..jln sensorang mmg x best! Percayalah! Huk3!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Isnin, 30 Mei 2011

Seandainya..

"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan...tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tidak baik untuk kita. Mungkin ada hikmah disebaliknya."

"Mencintai seseorang itu bukan hanya pada kata-kata. Mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. Hanya yg benar-benar ikhlas boleh memahaminya."

RM29.00
886 m/s

Layan novel pulak skrg..nak tanamkan tabiat suka membaca..hehe!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Ahad, 29 Mei 2011

Masih di sekolah..

Perkhemahan hari ke-2..letihhhhhhhh...

Tak balik lg ni..teman kengkawan pekene kopi sat.. 




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Khamis, 26 Mei 2011

Aktiviti sepanjang minggu di sekolah

Sebenarnya su dilantik membuat laman web untuk sekolah ditambahkan pulak hobi su yg memang suka ambil gambar (tp tang cuci  gambar ni liat cket ek!hik3!), maka cerita su sedikit sebanyak akan berkisar dgn aktiviti yg berlaku di sekolah su.

Minat ambil gambar ni sekaligus membuat su dpt jwtn tetap & berpencen kot? untuk AJK Dokumentasi sekolah! hahaha!...memang susah & byk kerja tp disebabkan MINAT! Semua perkara akan jadi senangkan? hehehe..

Oleh itu, gambar2 yg su edit utk blog sekolah, su masukkan jugak utk blog su..kira aci la ek? hiks3!

Ce-tengok gambar kat bawah nih! Cik Misi sdg beri tunjuk ajar kat anak2 murid su cara menggosok gigi dgn teknik yg betul..kebetulan masa ni su tgh mengajar diorang..su terus snap jer!

Tringat masa kita kekecik dulukan...indahnya pengalaman masa persekolahan dulu...


Haaaa...yg ni masa Latihan Kebakaran siang tadi, semuanya berjalan dgn lancar...


Petang pulak ada aktiviti kokurikulum..tp aktiviti petang td lebih tertumpu kpd persediaan & taklimat utk Program Perkhemahan Badan Beruniform Perdana pd 27, 28 & 29 Mei ni kat kwsn sekolah. Penyertaan terbuka kpd murid Tahap 2 (4, 5 & 6).

Seramai 163 org murid yg turut serta. Unit beruniform yg ada Tunas Puteri (su ketua fasilitator Tunas Puteri), PBSM, TKRS, Puteri Islam & Pengakap.

Tugas2 su amik gambar sepanjang program & fasilitator bg Unit Beruniform Tunas Puteri....berat gak nih! huhu...sib baek MINAT tu ada..yg susah jd senangkan? (cehhh..ayat pujuk diri sendiri nih!hahaha!)

  1. Taklimat ringkas utk fasilitator bg stp Unit Badan Beruniform. 
  2. Taklimat kpd murid-murid sblm aktiviti Kokurikulum bersurai.
  3. Fasilitator beri taklimat kpd murid-murid yg mengambil bhgn dlm perkhemahan.
Kertas exam pon da abis tanda! mabuk menanda kertas pon da makin ilang! rasa teruja plak nak turut serta dlm program perkhemahan nih! boleh? hahahaha!



Rabu, 25 Mei 2011

Mabuk2..

Hik3..bukan mabuk2 dpt baby tp mabuk + pitam nak abiskan menanda kertas exam pertengahan tahun murid!

Slesai jugak menanda sblm balik sekolah pukul 1pm td..lepas tu pukul 2:30pm ada meeting perkhemahan pulak, x pegi pon sbb dek mabuk2 ni td..huhu..

Masa tu niat nak balik awal pun xjadi! Bahaya memandu waktu mabuk nih oooo!! rehat2 dulu kat bilik guru..pukul 3:45pm baru baru gerak balik! Hehehe...

Jadi cuti 2 minggu ni nanti dah x buat apa dah! Boleh rehat sepuas2nya! Muahaha!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Isnin, 23 Mei 2011

Persiapan Hari Guru




Rugi kalau x abadikan gambar2 yg ditangkap dari hp ke dalam blog.

Su bhgn AJK hadiah, jadi bayangkan ada 90 buah bungkusan hadiah nak diletakkan ke dewan makan kat Hotel Royal Bintang tuh! Huhu..2 troli jugak kitorang guna ari tu..

Layankan aje la gambar2 yg ada ek! Hehe.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Ahad, 22 Mei 2011

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….

1. Bina otot-otot (build Muscle).
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging.
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air.
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air.
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap.
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snek setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda.
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein.
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi.
Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.

9. Minum teh hijau.
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet.
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi

2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak-faktor hormon)

3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.

 Kredit:Izalin


Mcm biasa, bila blogwalking terjumpalah petua2 utk kuruskan badan ni kan..hehe...




Atkin Diet!

Salam, pagi2 ni su lebih suka blogwalking! hehe..

Su terbaca dr blog seorang cikgu juga yg mengamalkan diet ATKIN!

Ape citer pasal ATKIN DIET nih ek?

Jom kita baca! Mohon copy & paste yer cikgu puteri279..huhu!

*******************************************

Assalam....kengkawan....tajuk entry kat atas 2 bukan nya misi yang kat klinik yer...( nurse )...tapi misi den nak cuba kuruskan badan....sebenarnya dah banyak kali den cuba nak jadikan den nie kurus sikit or capai tahap normal BMI...tapoi selalunya kecundang di tengah jalan....hu hu hu....nie sekarang den nak cuba Atkins Diet lak..mana lah tau berkesan lak kan....

den nak terangkan pasal diet nie, den lum mahir sangat...tapi den link kan kat adik Dzul nie...blog dia dah citer macam2 tentang diet nie.....

den share sikit lah info tentang diet nie...den mohon copy n paste lah yer....

Bile kite mengurangkan pegambilan karbohidrat,badan kite akan mule membakar lemak sebagai tenage...macam yg kite slalu blaja kat skula rendah yg diajar oleh cikgu sains kite,badan kite perlukan karbohidrat sebagai tenage...seperti ape yg rakyat malaysia amalkan sekarang,kite mengambil jumlah karbohidrat yg amat tinggi...TINGGI PUNYE!!!

So,ape yang berlaku?bile kite melakukan keje atau pun bersenam,badan akan membakar karbohidrat sebagai bahanapi(betul ke aku eje).... so,ape jadi dengan lemak2 dalam badan kite? Ia akan maintain dalam badan kite,,,plus,kite makan lagi lemak,lagi la bertambah....kan3?

Jadi,bile badan kite membakar lemak sebagai bahanapi ataupn tenage,automatik la lemak dalam badan kite akan berkurang dan menyebabkan!!! Kite lebih hensem dari dulu...:D

Dr. Atkins dah pn perkenalkan diet ni dari taon 70an lagi,tp tak dpt sambutan sebab ketike itu ramai menggunekan diet Low Fat...bile mengamalkan low fat,kite akan berase lebih lapar dan susa untuk kite maintainkan berat badan...plus,walaupun kite menggunekan low fat,tapi kite stil mengambil karbohidrat yg tnggi,jadi,lemak tak akan bertambah dan tak akan berkurang...so,macam mane nk kurus?? jumpe bomoh?

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la...kalau banyak nak turun,lame la induction ok?

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile...huhu...

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !



InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!

nanti aku crite pasal selepas induction pulak k?

Do at your own risk...Orang mengandung jangan sesekali cuba eh..anak dalam perut tuh tak diet..=D


Hah camne? nak mulakan bila lg ye x? hik3..

Maka dengan ini su mulakan ATKIN DIET mulai 22 May 2011!  

Muktamad!

Photobucket

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan dan semangat kepadaku untuk mencapai matlamatku ini..amin.."



Sabtu, 21 Mei 2011

Loan perumahan diluluskan!

Alhamdulillah..

Akhirnya lulus juga loan perumahan yg su mohon 2 minggu lepas!

Risau jugak kalau2 ade masalah...xpernah ada pengalaman beli2 rumah ni...

Nasib baik ada kawan yg sanggup tolong teman ke sana sini...

Terima kasih yer Suriyanti (kwn sekerja)...jasamu ku kenang sampai bila2...



Makan Malam Hari Guru Anjuran PIBG
















Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PIBG kerana telah menganjurkan makan malam sempena Hari Guru di Hotel Royal Bintang, Seremban.

Keputusan main bowling hari tu su dpt jugak hadiah...Naib Johan Juara Longkang! huhuhu...malu owang kampung! hahaha!

Tukar2 hadiah...dapatlah mangkuk eskrim...hehe...

Oklah, akhir kata..Selamat Hari Guru kpd semua yg bergelar guru...jasamu ku kenang..



Jumaat, 20 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011









Setulus tinta...

Sama-samalah kita menjadi guru yang...
Kehadirannya diTUNGGU
Ilmunya diBURU
Nasihatnya diSERU
Kehilangannya diRINDU
Dan
Tingkahlakunya diTIRU

SELAMAT HARI GURU!

***************************************************

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

TERIMA KASIH CIKGU!!!


LDP: Pengurusan Kokurikulm

Penceramah LDP kali ni dr Pegawai Jemaah Nazir..

Beliau memaklumkan, skolah su skolah yg ke 2 memanggil pegawai2 Jemaah Nazir membuat LDP.. Skolah yg pertama dr skolah Port Dickson..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Surat Tawaran PPG dari IPG Kampus

Surat tawaran PPG dari IPG Kampus dah boleh dibuka skrg..

Klik SINI untuk maklumat lanjut.




Teknik : Menolak dengan mengumpul semula


Teknik menolak dgn cara ni nampak mudah dan boleh dipraktiskan pada anak2.

Mungkin ramai yg dah tau tp su nak kongsi pd yg belum tau lg.
Ade maklumat ttg cikgu yg beri ceramah di atas, nanti su apdet kemudian yer.

Beliau datang ke sekolah untuk memperkenalkan TEKNIK SIFIR JARI, su da beli 3 buah buku beliau dan ia dpt membantu anak2 kita dlm mengingat sifir.




Khamis, 19 Mei 2011

Hanya di mercu...

11 Jun 2011

Menanti detik untuk sambung study semula...

Berdebar...huk3!


Lagu : Hanya Di Mercu - Ayu (OIAM)

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu (2x)



Bowling antara cecikgu..

Siang td selepas aktiviti kokurikulum, terus ke Seremban Parade!

Ada perlawanan bowling antara cecikgu yg merupakan acara tahunan skolah su..

Tahun 2011, tahun pertama su sertai sejak berpindah ke skolah baru ni..tahun lepas x main sbb malu2 kuceng lagi! Ihiks!

Main bowling ni pon pengalaman ke 2, su main n sentuh bola bowling..malu aii..hehe..

Rasanya juara longkang kot? Haha!

Pandai atau x, yg penting join samakan? Dapat memeriahkan lagi suasana! Hehe..

Skrg skru semua da longgar! Bubum duluuu..gudnite semua :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...