Followers

PhotobucketJom tukar link suka sama suka! TQ uol! hik3!Photobucket

Khamis, 30 Jun 2011

Masih diperlukan..

Jom tgk bidiooo!! Hehe..

Bukan senang nak bg budak2 faham konsep kalau diorg tak nampak apa yg kita ajar..

Ade topik tertentu mmg sgt2 memerlukan LCD ni...

Cuma amik masa cket nk pasang..huhu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Pembelajaran Berasaskan Projek


Project Base Learning (PBL)..

GPK1 dah amanahkan pd su & kawan su utk jalankan projek ni..

Harap2 semuanya berjalan dgn lancar..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Rabu, 29 Jun 2011

Salam Israk Mikraj



Selasa, 28 Jun 2011

Buku tulis murid berlipat2! Sangat tidak suka!

Su paling tak suka kalau buku tulis murid2 su berlipat2 macam gambar kat bawah nih..

adesssss.. 


Sentiasa beri teguran tp masih ada murid yg abaikan bahagian ni..su taklah terus marah diorang..

Tapi kalau dah dekat setengah tahun memang patutlah su marahkan? Huhu!

Skrg kalau cakap lelebih pada murid, murid akan "mengadu" yg bukan2 pd ibu bapa/penjaga..

Ibu bapa/penjaga plak terus serang bila dah SALAH FAHAM & TANPA USUL PERIKSA

Hukum cikgu, mcm cikgu tu dah "bunuh" calarkan kulit anak dia! Sangat tidak adil! Ehh, ter'EMO' plak! Kikiki...

Apa2 pun jika itu seseorg cikgu tu memarahi muridnya, di hati cikgu tersebut adalah hendak buat yg terbaik untuk anak2 muridnya..

Maaf jikalau terkasar bahasa..huhu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Ahad, 26 Jun 2011

Dicabar murid!

Semalam (Jumaat), su dgn memurid Tahun 6 ke KL. Lawatan sambil belajar.

Tempat yg kitorg pegi ialah ke Planetarium, Muzium Polis, Masjid Negara & Muzium Negara.
Photobucket

Photobucket

Dan yg paling tak lupa kat Muzium Negara laa..hahaha! tgk je gambar kt bawah nih!

Memang tak sanggup sebenarnya tapi disebabkan murid2 cabar su! Mane leh jadik! hahaha!

Adoii...su pon lepas tengok gambar ni pon masih tak percaya su boleh atasi ketakutan su dgn ular..

Korang boleh? hik3!

PhotobucketSib baek mlm tadi tak mimpi dipatuk ular! ahaks..


ASUS Eee Pad Transformer

ASUS Eee Pad Transformer TF101
My multiple lifestyle, I decide

  • NVIDIA® Tegra™ 2 1.0GHz dual-core CPU for excellent multitasking & 1080p video playback
  • Android 3.0 Honeycomb O.S. with Adobe® Flash® 10.2 support*2
  • Full QWERTY keyboard, touchpad input with Polaris® Office® for mobile productivity
  • 16*1 hours long battery life for all day computing with docking station
  • Brilliant IPS panel with ultra-wide 178⁰ viewing angle made from scratch resistant and super tough glass
  • One year of Unlimited ASUS WebStorage, two USB ports, SD and Micro SD card readers for easy sharing & storage expendability
  • 3D stereo with max bass response with SRS premium sound


Nak tau lebih lanjut Klik SINI


Ultra thin and light design in a unique, stylish pattern



With a super slim profile of only 12.98mm thick in a frame that weighs only 680g, the ASUS Eee Pad Transformer is comfortable to hold from any position. The unique textured pattern offers a better tactile sensation, so it won’t feel as if it will slip out of your hands.

Photobucket

Dah order dah! minggu depan dapat!

Notebook ASUS da ada tp yg ni lagi best pulak! Jadi terpaksa beli! huhuhu...

Harga RM1 799.00
PhotobucketBukan nak menunjuk tp nak berkongsi..huhu...


Sabtu, 25 Jun 2011

Rombongan Sekolah ke KL


Hari ini ikut rombongan sekolah ke KL! Tempat yg nak pergi nanti mmg su xpenah sampai lagi..

Dalam pukul 8:35pg kitorg mula bergerak..da lama x ikut rombongan sekolah! hehe..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Khamis, 23 Jun 2011

Kene serang di sekolah...

Tak nak cakap lebih2...

Cuma rasa sedih & terkilan dengan perkara yg berlaku hari ni...

Rasa seperti maruah seorang guru berada di bawah kaki "bapak" murid yg serang su pagi td...
Photobucketsedih sungguh...


Rabu, 22 Jun 2011

Bahagiakan hati mak, uwan & adik...

Ahad lepas su balik kampung, su belikan mak hp baru!

Kesian pulak tgk skrin hp dia yg tak bewarna tuh...dah la pecah kat bhgn bawah bucu kiri! huhu...

Tak sampai hati bila tgk..

Maka belikan beliau dgn hp nokia yg baru & harga dlm RM400..wane pepel lagik! canggih jugaklah! hehe!



Ketawa besar adik su yg kat kampung bgtau bila dia ajar mak cara2 bukak lagu..hehe!

Tak puas rasa nak membahagiakan hati mak...

Su belikan uwan/nenek su hp baru gak! yg bewarna tp yg biasa2 je la dlm harga RM120++...nanti canggih sgt dapat atok baru plak kang! hahaha!

Uwan pun ketawa besar bila dia dpt call makngah (anak uwan kat pasoh)..hehehe!

Bukan itu je, su belikan mak cermin mata baru yg berharga RM600++...

Tapi ada diskaun sempena hari ibu sehingga 60%, harga jd RM300++ & dpt free cermin mata yg berharga RM128 lagi! berbaloikan? yg free tuh su bg adik su yg bongsu...dia nak pakai bila tgk laptop je katanya...

Yg depan utk mak & yg blkg utk adik su yg bongsu..

Senyum mak...bahagia su rasa...nak menitis air mata ada jugak! huhu...

Sebenarnya sebelum ni mak ade cermin mata yg su belikan dulu tp dah tercicir...hilang...

Lepas tuh, adik su bgtau mak dah beli sendiri cermin mata yg berharga RM2 kat kedai RM2! sedihnya!!!

Mak kata xkisah janji leh nampak masa mengaji Al Quran...sayu hati su...

Memang tak sanggup su dengar! tu yg su belikan jugak ahad lepas!

Esok (rabu), da boleh amik dah cermin mata mak kat kedai tuh...
Photobucketnak bahagiakan hati mak selagi hayatnya masih ada...


Rezeki hari ni...

Terima kasih pd kawan su yg belanja makan Pizza!

Beliau belanja su makan kerana su membantu beliau dlm pembinaan laman web sekolah...tak sangka pulak dpt mkn Pizza! hehe...

Su hargai sgt2! maceh cikgu biha :)
Photobucketsu x mengharap balasan jika su membantu ttp jika anda memberi ribuan terima kasih su ucapkan...cewahhh! hehe!


Sabtu, 18 Jun 2011

Mana tahan!

Maaf, ni bukan entri meminta simpati..tp sekadar meluah apa yg buat su menangis lagi pepagi ni kalau sebut pasal anak ni..

Su tau, su redha sebab 10 thn su takde rezeki anak..tp bila orang sekeliling cerita pasal anak dia macam ini, anak dia macam itu..su nak cerita apa? Anak takde!

Menangis lagi su...

Ya Allah beratnya ujianMu padaku... 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Panas badan, panas hati sekali!

Seminggu ni badan su rasa panas je, baru elok demam masa cuti hari tuh..

Lidah pun kene ulser..sakit tau! Nak mengajar pon rasa tak selesa..rasa mcm lidah tu pendek jer..adesss..

Nak taknak, kul 1 pg td pegi 7E! Beli air cap badak bebanyak! Kok tak elok jugak..apo nak buek tuh? Huhu..

Pasal panas hati tuh..banyak perkara yg jadi punca tp takpe..su cuba sejukkannn ek!! Huhu..

Layan air cap badak sampai kembungggg jap! Jom! Hahaha!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Khamis, 16 Jun 2011

Cat sudut tangga..


Masih dalam proses mengecat..waktu free kalau takde kelas tu, su akan cat pelan2..

Kawan2 lain ada, diorg dah buatkan bahan2 yang nak digantung/ditampal kat dinding...

Cat duit sendiri, kemudian nanti baru claim! Hehe..

Nak jadikan sudut tuh sejuk mata memandang, sesuai utk "Sudut sejarah sekolah"...taknak la serabut mcm sebelum ni..

Dah 3 hari proses cat ni, sangat2 penat tau..huhu..

Sebab tu cecikgu kita zaman skrg "Bukan sekadar guru biasa...", leh jadi mcm2! Mcm sesumpah tuh kan? Hehe..

Dah pukul 5:20 ptg nih! Nak balik dulu..esok pulak sambung! bye3!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Belajar English

Photobucket

Buat pengetahuan semua su kan dah mula jadi guru pelatih semula sejak su mendaftarkan diri untuk Program Pensiswazahan Guru (PPG) 11 Jun 2011 minggu lepas.

Major su Pengajian Matematik. Selain tuh su kene amik jugak "English Language Proficiency" nih..alamak! masak aku! camne nih! waaaaa...

Bukan su tak tau langsung BI..gi kursus2 EteMs dolu2 tuh ok jer..cuma su taklah sehebat macam org lain tuhhh..huhu...

Tadi sambil2 blogwalking tadi su terjumpa blog nih..so, su kongsi utk semua jugak ek! :)

PhotobucketKalau ada blog lain belajar BI ni, bgtau su ek! xpandai BI sgt ni...huhu!


Tanpa zuriat, ujian dari Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Timbanglah dari perspektif yang berbeza:

~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?

Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian. 
Kawan-kawan yang dikurniakan zuriat yang berada hampir dengan kita itu juga ujian untuk kita. Tak lain tak bukan ujian ini untuk tingkatkan keimanan. 
Ada orang bila diberi ujian makin meningkat iman dan rapatnya dengan Pencipta. Tapi ada orang lebih tersasar... menyalahkan takdir yang telah diberikan serta tidak pula berusaha untuk meningkatkan diri.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. 
Sama-samalah kita kurangkan mengeluh dan melihat hidup ini dari sisi yang positif, kerna sesungguhnya jika kita hitung nikmat yang Allah berikan ternyata ia jauh lebih banyak dari ujian yang Dia berikan...
PhotobucketMaaf, jiwa tice kacau cket! huhu...


Rabu, 15 Jun 2011

Watermark yang mana satu ok? Help3!

Photobucket

Baru cuba2 nak wat watermark design sendiri...

Tapi tak tahu la...ok ke tak?

Komen sikit! boleyyy? atau ade idea lain? help2! hihi..

___________________________________________


Ce tengok watermark ke-2 ni...


yang ni ok x?

Photobucket 

yang pertama @ ke-2 yg ok?

komen @ bagi idea ek...help2!! hehe...


Anak ke 5...Jam tangan daaa...

Tadi beli jam..

Kiranya ni anak ke-5 laa..hiks!

Anak ke-4 kat SINI!

Anak pertama, ke-2, ke-3 kat SINI pulak!

Lama dah idam jam tangan ni!

Bukan sebulan dua su tunggu tau...makan tahun gak setelah jam Bonia tercicir kat pantai PD 2 tahun lepas! huhu...

Harga RM988.00..dapat tawar sehingga 25%! hehe...

Maaf idong su agak kembang skrg! hahaha...

Maaf sekali lagi..ni bukan entri nak riak..hanya nak berkongsi saja...huhu...

Lepas tu, dapat gift keychain nih! Boleh letak kunci kete. Pink/merah lagik! ai likeee! hahaha...



Isnin, 13 Jun 2011

Nak MAKEOVER sudut tangga!


Sudut Mini Perpustakaan nak diubah menjadi Sudut Sejarah Sekolah..

Maka gambar sebelum mestilah adekan! Hehe!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Projek Sudut Sejarah Sekolah


Salam, su kene buat Sudut Sejarah Sekolah..sehingga skrg masih kekeringan idea! Huhu..

Sudut tersebut di tangga utama ke Bilik Guru! Cantik ke tidak harap2 diterimalah nanti!

Skrg dok tgh perah otak camne nk bg sudut tu ceria dgn idea baru! Huhu..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Selamat bertugas cikgu!

Bukan pada cikgu2 jer tapi pada anak murid gak! hehehe....

Tanpa murid siapalah cikgu ye tak?

Sebelum tuh jom terjah ke blog Dunia Cikgu, entri mengenai "Panduan Adab Seorang Guru"

 Selamat malam semua...


Ahad, 12 Jun 2011

Alignment & tukar tayar


Tentang kete ni, su mmg failed! Su tau naik jer..hehe..

Pagi2 da ikut en.somi pegi wat alignment sekaligus tukar tayar.

Apa yg en.somi cakap, nak tukar tayar yg senyap sikit sbb sblm ni tayar tuh bising! Err..agaknya tu bahasa yg paling mudah utk su faham kot? Haha!

Tapi, nak tukar bukan kejap nih! Mahu dekat 2 jam ni, org ramai..nak kene tggu turn lagi..

Last2 call adik yg ada kat umah mak sedara skrg suruh jemput su! Huhu..kebetulan mak balik ke kampung pon ptg nanti..hehe..

Lepas ni nak bawak mak pegi tengok rumah contoh, rumah yg su beli dekat Seri Pajam tu..saje nak menggembirakan hati bonda..hihi..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Sabtu, 11 Jun 2011

Makan2 dengan keluarga




Salam..omak, uwan, sepupu, adik bradik su yg lain secara berjemaah datang rumah mak sedara su kat Paroi Jaya.

Ada wat makan2 sikit...menu utama, Nasi Lemak dengan Ayam/Ikan/Sotong/Udang Bakar! Makan sampai x hengat! hehe...

Rasa penat sangat2...mata nak lelap jer ni..huhu...


Pendaftaran PPG...


Bermula episod menjadi Guru Pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

8:30 a.m. hingga 11:00 a.m - Pendaftaran kursus & pembayaran yuran koperasi

11:00 a.m. hingga 5:00 p.m - Taklimat-Taklimat..dah ngantuk daa...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Jumaat, 10 Jun 2011

Karaoke layan jiwa kacau!


Pestime karok! Tak penah karok pon sblm nih! Dengan adik bradik lelaki, perempuan, kak ipar & anak buah!

Esok nak daftar kat IPG nih! Amikk..

Layan jiwa2 kacau jap! Haha!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011


Sekarang su tengah berdebar2 ni tunggu saat2 mendaftarkan diri kat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Macam2 fikir! Aduhhh, boleh ke su nak study balik nih??? Ambik Pengajian Matematik pulak tuh! hahaha!

Memanglah Matematik major su & su minat tapi takut tak boleh bawak jer nanti..huhu!

"Orang cakap tempuh dulu, kalau tak macam mana nak tau boleh ke takkan?"

Lagipun su tengok ramai yang umur lebih kurang sebaya su, bila tengok senarai nama secara on9 tadi! Taklah rasa segan sangat "kot"! haha...

Apalah nak dimalukan ye tak? bukan buat perkara salah? kalau salah, boleh perbaikikan? (<-- ayat pujuk hati nih! haha!)

Su dapat dah tarikh2 utk su gi tutorial dengan pensyarah di IPGK tu nanti. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

(Jadual tutorial Kohort 1 Ambilan Jun 2011, Kursus Semester 1)

Adik kata, elok tido sana (Melaka). Bila fikir balik, betul jugak! Tutorial sebulan sekali, ape salah dok sana semalamkan utk jimatkan masa! Pagi2 tuh taklah terkejar2kan? Errmmm kena carik mak mentua angkat kalau camni! hahaha! boleh???

Apa2 pon doakanlah kejayaan su menempuh dgn jayanya alam study ni smula yer! amin...

***5:00a.m. (Jumaat) melayan jiwa kacau! haha!


Sesusah kita, ada lagi yang lebih susah...

Saksikan video dari youtube nih...

Sediakan tisu...kompem nangis! huhu...



Khamis, 9 Jun 2011

Kalau Saya Dapat RM300!

Photobucket

Salam, sambil BW (blogwalking) tadi su terjumpa blog Safra Shukry

Tengok banner beliau pon su da rasa teruja! belum menang lg tuh! hehe...
 
Nak tau syarat2 & cara penyertaan mudah saja..klik kat SINI & SINI ek!
Tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai 2011 dan korang perlulah submit penyertaan korang sebelum pukul 11.59pm yer (Ayat last ni kopipes dr blog beliau! Hik3)



Photobucket
Photobucket 
 
Kalau saya dapat RM300!!!

Perkara pertama yang su fikir adalah untuk menggembirakan anak2 murid su! Nama pun cikgu kan? tentu selalu fikirkan diorang nih! walaupon dalam mood cuti sekolah skrg! Hehehe...

Ok! Mcm mana cara2nya su nak gunakan RM300 tu dgn cara yang berhemah & sesuai utk anak2 murid su?

Su mengajar murid sekolah rendah di Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3). Su juga mengajar subjek teras iaitu Matematik dan yang paling mencabar pulak su mengajar di kelas akhir!

Sekolah memang ada menyediakan Bahan Bantu Mengajar yg secukupnya. Su bukan nak ceritakan tentang itu tapi su nak cerita dari sudut lain.

Sebenarnya sangat2 menguji kesabaran mengajar @ mendidik diorg yg tertinggal & lemah dalam soal pembelajaran ni.

Jika su, diberi peluang memenangi RM300 tuh! su akan beli hadiah utk diorg sebagai tanda diorg dihargai & memupuk minat mereka utk belajar lebih jauh lagi!
Sronok tau! dari diorg tidak tahu mengira, diorg dah kenal apa itu nombor 1..2..3!

Nampak memang mudah tapi tak semudah yg kita sangka nak mengajar murid yang lemah 4M bukan 3M lg ni tau! Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul! kan 4M tuh? itulah kehendak kerajaan dalam pelaksanaan KSSR yg telah diperkenalkan kepada murid2 Tahun 1, 2011.

Mereka yg ketinggalan ni akan rasa kurang keyakinan, rasa rendah diri, malu, takut ke sekolah & tidak akan rasa dihargai tentu akan rasa gembira & dihargai jikalau su belikan hadiah utk diorg! betul tak?

Ganjaran adalah salah satu cara nak menarik minat diorg ni datang ke sekolah! Memang ada Panitia sediakan hadiah tapi ada juga yg guna duit poket cikgu! hik3! 

Harapan su jikalau diorg ke sekolah pon dah cukup menggembirakan su walaupun diorg tahu kekurangan & kelemahan yg ada pada diorg. 

Kalau kita hadiahkan sesuatu yg menggembirakan hati & dapat menarik minat diorg datang lagi ke sekolah setiap hari maka, kes ponteng akan berkurangan ye tak? hik3!

Tapi jikalau tiada rezeki utk su dapat RM300 tu, su tetap beri ganjaran pada diorg tapi taklah senilai RM300, mungkin sebatang pensil..huhu...

(tgklah, nak pandang pon diorg taknak kan? huhu!)

Dan kalau su berjaya & anak2 murid su bertuah, su akan agih2kan hadiah yg bernilai RM300 tu utk diorg! itu janji su! Betul! hehe...

(gambar2 di atas hasil gugel yer! hihi!)
Maafkan su jikalau ada tersalah kata & su bukan nak memalukan sesiapa tetapi sebagai sokongan kpd pertandingan yg diaadakan sahaja. Bukan senang nak dapatkan RM300 tu saja2 kan?
Bak kata Safra Shukry lagi pertandingan ni terpulang kepada Tuah.. Rezeki.. Luck.. Nasib..

Su harap, su & anak2 murid su, ada peluanglah nak menang kiranya pertandingan nih! Hehe..dan su perlukan sokongan teman blogger yg lain utk sokong & komen usaha su ni...

Jasa baik & komen kalian amat2 su hargai & su kenang...

Terima kasih! :)

***sesambil tuh su nak tag KPAH K-POH, PINKY MOMMA & TICE SHA utk join sama! hik2!


Selasa, 7 Jun 2011

Belajar Fotografi Percuma!

Su baru je beli kamera DSLR ni...

Tapi kalau beli saja & tak belajar teknik2 fotografi yg betul..tak boleh jugakkan?

Semasa BW (Blogwalking) td kat Facebook, su terjumpalah halaman ni!

Klik SINI utk Facebook!

Klik SINI utk Blog!

Banyak info ttg fotografi yg perlu kita belajar...

Ada yg percuma dan berbayar, kena faham & sila baca dahulu syarat2nya ok?

Antara yg akan kita belajar ialah;
  • Basic Photography
  • Komposisi dan Angle
  • Nite Shoot
  • Marketing & Costing
  • Editing Class
  • Outdoor Class(how to shoot pre wed,post wed or outdoor)
  • HDR Class
  • Kelas membuat story book perkahwinan
Photobucket

Bestkan???

Su nak join gak kalau ada class dibuka nanti tp 11/6 (Sabtu) ni dah mula daftar utk PJJ su kat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka...

Jadual pon tak tau lagi mcm mana nanti...huhu...

Harap2 ada masa nak belajar fotografi nih! minat sangat!

Jom sesiapa yg nak belajar tuh jom terjah BLOG beliau (Ahmad Fairus)!


Isnin, 6 Jun 2011

Tips nak jadi kurus!

Su kira tips nak jadi kurus dari Fatin Liyana ni sgt2 membantu pd semua!

Dan yg paling menarik, beliau dah alami sendiri situasi tuh!

Nak baca klik kat SINI

Tak baek asik kopipes bebulatkan?? hehe..


Tips untuk mengambil gambar guna DSLR

1. Amati Background
Kadang-kadang latar belakang itu akan menjadi lebih penting dalam suatu komposisi foto jika dibandingkan dengan latar depannya atau pusat perhatiannya. Ambillah latar belakang yang sederhana, sehingga objek utama akan terlihat lebih menonjol. Dan pastikan tidak ada unsur-unsur yang mengganggu pemandangan seperti pohon-pohon yang bergandengan disekitar kepala(subjek).
2. Lihat keluar rumah jika memungkinkan
Pada hampir setiap sudut, cahaya matahari akan menghasilkan gambar yang lebih baik dengan warna yang alami. Seperti warna kulit, jika dibandingkan dengan cahaya tiruan seperti pada cahaya lampu blitz. Blitz indoor akan menghasilkan warna yang tidak sesuai dengan aslinya dan kontras yang kasar pada background gelap.
3. Gunakan Lampu Blitz outdoor
Sinar matahari yang terang dapat membuat bayangan-bayangan, terutama disekitar wajah. Maka gunakan blitz autdoormu untuk menghilangkan bayangan-bayangan tersebut. Agar subjek tersebut cerah secara keseluruhan pula selaras dengan latar yang cerah terkena sinar matahari.
4. Ketahui Kameramu.
Setiap kamera memiliki karakteristik yang berbeza-beza. Baik lampu flashnya maupun titik fokusnya. Mulailah belajar menggunakan kamera dengan mengambil gambar dengan satu kamera tapi caranya yang berbeza-beza. Cuba mengambil gambar dengan flash dihidupkan, kemudian flash dimatikan, kemudian beri jarak 5 kaki, kemudian 10 kaki, atau close up. Dengan cara tersebut anda akan dapat mengetahui batasan-batasan dan kemampuan yang dimiliki oleh kamera anda. Dengan begitu anda akan dapat memilih cara terbaik untuk menggunakan kamera anda.
5. Dekatlah ke subjek tetapi jangan terlalu dekat.
Kebanyakan foto yang menarik adalah foto yang dapat memperlihatkan detail foto tersebut sehingga seakan hidup. Ekspresi wajah tidak akan terlihat apabila fokus subjek dari jauh. Anda juga akan mendapatkan pencahayaan yang lebih baik jika jarak anda tidak terlalu jauh. Namun jika gambar anda kabur, maka itu tandanya anda terlalu dekat dengan subjek. Dan sekali lagi saya tekankan bahwa fokus kamera anda harus selalu terjaga. Kerana subjek yang baik tidak akan menghasilkan gambar yang bagus, jika tidak fokus.
Kredit: Kaizergun Inatom


JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG!

Photobucket

Nak tau lebih lanjut klik kat SINI ek!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...